Tuesday, June 10, 2008

Jalan Yang Lurus

terfikir akan aku yang bodoh ini, JALAN YANG LURUS atau dalam bahasa agamanya Sirathal Mustaqim itu ada persamaannya dengan perjalanan kita dalam kehidupan ini?? Persamaan itu pada SUSAHnya. Bukan mudah untuk menjadi manusia yang LURUS, seperti gambaran yang Nabi Muhammad SAW telah berikan tentang titian sirath, lebih halus dari rambut dan lebih tajam daripada pedang

Untuk melalui TITIAN sebegini pelik, adakah kita manusia biasa bisa melaluinya,?? yang mana diceritahkan dalam surah al-fatihah, mereka-mereka yang berada di JALAN LURUS ini Tuhan berikan mereka rasa NIKMAT. Dan nyata sekali amat mustahil melalui perjalanan yang GETIR dengan penuh kenikmatan tanpa pertolongan Tuhan

Untuk berada di JALAN YANG LURUS dalam dunia FOREX atau apa bidang sekalipun, wajar kah kita menolak dan mengetepikan peranan TUHAN? kerana seperti yang kita maklum amat mustahil berada di JALAN LURUS tanpa bantuan Tuhan

No comments: