Thursday, May 7, 2009

Alahai Forex

wife aku kata, aku dah 4 tahun lebih berforex , entahlah, aku pun tak perasan lama mana aku main forex, tapi seingat aku baru 3 tahun jer, .. MC terus

Wednesday, June 11, 2008

TENANG

Dalam dunia ini, terlalu banyak cara untuk mendapat ketenangan. Ada yang melalui amalan agama seperti zikir, solat, doa dan membaca quran. Ada yang bersukan, menari, mendengar muzik, ke hutan, ke laut , memancing, beyoga, bertaichi, bermeditasi , menumbuk, memaki , teriak, menangis , berjimak hehehehe, bermain dengan kucing , dan mcm2 lagi la

sudah tentu cara-cara ini mempunyai tahap pencapaian yang berlainan dan bergantung pulak pada tahap kegelojakan jiwa seseorang tu, antara cara - cara mencari tenang ada yang kesannya hanya seketika, dan ada yang lama.

dan cari lah cara yang lama dan lakukannya secara berterusan mengikut waktu, aagar jiwa kita TENANG senantiasa. Sentiasa tenang banyak membantu kita dalam kehidupan ini yang penuh dengan cubaan kejiwaan dan fikiran. Termasuklah membantu kita dalam berTRADING forex.

Biasanya jiwa yang tenang akan terasa sejuk di dada. Fikiran menjadi kosong

Berani GAGAL

Berani gagal merupakan TERM yang digunakan dalam buku tulisan Billy Lim yang membawa maksud kegagalan bukan penghalang untuk terus berusaha. Mereka yang terus berusaha walaupun sering gagal akan mempelajari dan mendapat sesuatu dari kegagalan.

Kita tidak akan masuk LONGKANG yang sama jika kita KENAL dan tahu wujudnya LONGKANG di hadapan yang pernah memerangkap kita sebelum ini. Bila kita sudah mengenal LONGKANG, kita akan berjalan dan mengelak LONGKANG dengan penuh keYAKINan, YAKIN bahawa akan sampai ke destinasi tujuan kita tanpa SEDIKIT pun kerisauan akan LONGKANG-longkang dihadapan, kerana kita sudah KENAL dan YAKIN akan dapat mengelaknya, kita YAKIN sebab kita dah kenal dan tahu. Inilah yang dinamakan ILMU.

keYAKINan inilah yang dituntut utk mencapai kejayaan. Yakin akan berjaya. Begitu lah jugak dalam bidang FOREX ini, setelah kegagalan, barulah kita mengenal kesalahan kita. Namun terdapat di kalangan kita , sungguh pun mengenal bahaya , namun sering kali mengulangi kesalahan yang sama. Biasanya ini berpunca dari kegagalan kita meletak diri dalam situasi TENANG.

Kegagalan meletakkan diri kita dalam situasi TENANG, akan menyebabkan jiwa bergolak, khuatir mula terbit dihati, fikiran mula kusut dan negative, dan ini BERSALAHAN dengan YAKIN itu sendiri. YAKIN dengan ilmu perlu disambut dengan keTENANGan, tanpa TENANG keyakinan mudah mengendur