Berani gagal merupakan TERM yang digunakan dalam buku tulisan Billy Lim yang membawa maksud kegagalan bukan penghalang untuk terus berusaha. Mereka yang terus berusaha walaupun sering gagal akan mempelajari dan mendapat sesuatu dari kegagalan.
Kita tidak akan masuk LONGKANG yang sama jika kita KENAL dan tahu wujudnya LONGKANG di hadapan yang pernah memerangkap kita sebelum ini. Bila kita sudah mengenal LONGKANG, kita akan berjalan dan mengelak LONGKANG dengan penuh keYAKINan, YAKIN bahawa akan sampai ke destinasi tujuan kita tanpa SEDIKIT pun kerisauan akan LONGKANG-longkang dihadapan, kerana kita sudah KENAL dan YAKIN akan dapat mengelaknya, kita YAKIN sebab kita dah kenal dan tahu. Inilah yang dinamakan ILMU.
keYAKINan inilah yang dituntut utk mencapai kejayaan. Yakin akan berjaya. Begitu lah jugak dalam bidang FOREX ini, setelah kegagalan, barulah kita mengenal kesalahan kita. Namun terdapat di kalangan kita , sungguh pun mengenal bahaya , namun sering kali mengulangi kesalahan yang sama. Biasanya ini berpunca dari kegagalan kita meletak diri dalam situasi TENANG.
Kegagalan meletakkan diri kita dalam situasi TENANG, akan menyebabkan jiwa bergolak, khuatir mula terbit dihati, fikiran mula kusut dan negative, dan ini BERSALAHAN dengan YAKIN itu sendiri. YAKIN dengan ilmu perlu disambut dengan keTENANGan, tanpa TENANG keyakinan mudah mengendur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment